r o y a l n e v e r e v e r l a n d

HOME ABOUT STUFF LINKIES FOLLOW DASHBOARD

Nur Ardini. Panggil saya Dini. Saya terima request poster dan header. ;




;


© Skin by Atiqah Jaidin inspired by Myra. Edit and owned by Ardini. Do tell me if I do not credit yours.
Cuti-cuti Malaysia!
Saturday, November 17, 2012 | 0 peterpan(s)


Wazzup Yo ( '_^)

Hello Bloggers..hello and salam tidak sayang tapi benci, ya! Sekarang ini, kalian mesti seronok bukan? Yalah, berjalan sana sini sampai Hospital Bahagia, mesti seronok bukan kepalangkan?terbaik..

Dini bangun-bangun je, tengok luar burung-burung kat atas pokok pun dah tak de.. pergi kem dekat Genting Highland dah..wah..wah.. burung pun pergi genting ke? Dini ni? mak kata dini ni hanya menternak lemak beriu di perut..masakan tidak! dini ni, kerja bangun, mandi, makan tidur balik, makan tengahari, tengok cerita korea, tidur mand, makan malam, habiskan 15 coklat, lepas tu duduk depan laptop! Duduk menghadap laptop update aff, blogger. Kadang- kadang dini pun suka jugak menaik kan darah angin sampai sakit kepala hotak masuk hospital bahagia dalam facebook menerusi komen-komen..

buahahah.. jahat jahat!

Hah, saudara dini ni tengah dup dap dup dap menunggu keputusan UPSR yang bakal terbongkar pada hari isnin! WAH!! beri semangat sikit!! Yalah, tengok rupa dia, dini dah tak sanggup!Kesian!Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak mimpi..eh betul ke?

Hah, dini ni bukan pergi berjalan pun..duduk menghadap laptop seperti Cinderella Technology. Sekiranya dini cinderella, pasti dini dah sampai italy, paris, london, new york! tanjung rambutan! Eh? tersenarai ke? eh eh.. mungkin juga tersenarai.. nak sedekah sedikit pada mereka..apa salahnya! cinderella kan kaya!

Tapi masalahnya, dini ni kan anak Puan Rohanah yang pandai menulis blog lagi cantik dan menawan, lawanya! dini ni bukannya lawa macam Lisa Surihani tuh..

Mulai hari ni, dini nak korang panggil dini, "DINI" tapi dini akan gelarkan dini sebagai saya. Terasa rendah diri pulak..ehem-ehem..

Saya ni, eh? dah tukar? cepat betul..

saya ni, hanyalah cinderella durja..bukan durjana,ya! tengok skrin komputer tu betul-betul, kalau buta huruf.. pergi belajar dengan Cikgu Zubaidah sanggul tinggi di sekolah saya! Kompom, tiga jam belajar, stret A markah korang! 

Sudahlah saya bercerita ni.. Okay, salam benci.. bye, assalamulaikum..